Minggu, 28 Oktober 2012

Biografi Syeikh Yasin Al-Fadani

Ulama Besar Minang di Haramain
Syeikh Yasin Fadani , Ulama Besar Minang di Haramain

Di antara ulama Nusan­tara yang kehebatannya dia­kui secara luas di dunia Islam ialah Syeikh Fadani. Beliau merupakan tokoh Minang yang terkemuka di Tanah Suci setelah Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau. Namanya ter­ukir indah dalam buku-buku biografi ulama modern. Beliau digelari sebagai muhaddis dan ahli fikih abad ini. Selain menulis, beliau juga mengajar dan mentadbir beberapa seko­lah di Mekah. Artikel ini dimaksudkan untuk menye­rlahkan sejarah hidup dan karya tulisnya.
Sejarah Hidup dan Pendidikan
Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani dilahirkan di tengah keluarga ulama yang taat di Misfalah Mekah pada hari Selasa, 27 Sya’ban 1335H/17 Juni 1917M. Beliau adalah cahaya mata pasangan Syeikh Muhammad ‘Isa bin Udiq al-Fadani dan Maimunah binti Abdullah Fadan. Di samping dengan kedua orang tuanya, beliau telah berguru kepada paman di pihak ayahnya, Syeikh Mahmud Engku Hitam al-Fadani.
Pada tahun 1346H/19­27M beliau bersekolah di Madra­sah Sawlatiyah hingga tahun 1353H/1935M. Beliau kemu­dian pindah ke Madrasah Dar al-‘Ulum yang baru saja dibangun oleh Sayyid Muhsin Falimbani pada 16 Syawwal 1353H/22 Januari 1935M. Syeikh Fadani menamatkan pengajiannya di sini pada 14 Rabi’ al-Awwal 1356H/25 Mei 1937M (Ahmad, [t.th]). Selain pendidikan formal, beliau juga menimba ilmu di lingkungan Masjid al-Haram dan di kediaman para masyayikh di sekitar Mekah, Madinah, Thaif, dan Riyadh. Beliau juga pernah melakukan lawatan ke Indonesia, Malaysia, Ya­man, Mesir, Syiria, Kuwait, dan sebagainya (Zakwan, 1993).
Syeikh Fadani telah berguru kepada 700 ulama di zamannya, dari pelbagai suku-bangsa, sama ada yang bela­jar langsung ataupun sekedar mengambil ijazah ilmu (Mar­’ashli, 2005). An­taranya Syeikh ‘Abd al-Karim al-Khatib Mi­nang­kabau, Syeikh Ahmad Man­sur Filfulani, Syeikh ‘Abd al-Qadir Mandili, Syeikh ‘Abd al-Satar Dehlawi, Syeikh Hasan Mashat, KH. Hasyim Asy’ari, Syeikh Ibrahim Da­wud Fatani, Syeikh Djanan Thaib Minangkabau, Syeikh Kha­lifah Nabhani, KH. Ma’­sum Lasem, Syeikh Ahyad Bug­huri, Syeikh ‘Atarid Bug­huri, Sayyid ‘Alawi Maliki, Sayyid Muhsin Falimbani, Syeikh ‘Umar Bajunid, Syeikh ‘Umar Ham­dan, Syeikh Zu­bayr Ahmad Filfulani, dan banyak lagi.
Adapun mengenai per­jalanan karier beliau, bermula sejak dilantik menjadi guru di Madarasah Dar al-‘Ulum, tahun 1356H/1937M. Antara mata pelajaran yang diasuh oleh beliau ialah hadis, fikih Shafi’i, usul al-fiqh, qawaid fiqhiyyah, nahu, sharaf, balag­hah dan ilmu falak (Mar’ashli, 2005). Kiprahnya di dunia akademik kian rancak se­hingga dilantik menjadi wakil mudir, sejak 1359H/1940M hingga 1384H/1964M. Setelah kepulangan Syeikh Ahmad Mansur ke Tanah Melayu, tahun 1384H/1964M, beliau menggantikan posisi gurunya itu sebagai mudir Madrasah Dar al-‘Ulum hingga ke akhir hayatnya. Syeikh Fadani juga terlibat dalam pembangunan Madrasah al-Banat al-Ibti­da’iyah yang diresmikan pada Rabi’ al-Awwal 1362H/Maret 1943M. Institusi ini meru­pakan sekolah perempuan kedua dalam Kerajaan Arab Saudi. Beliau juga membangun Ma’had al-Mu’allimat al-Ahliyyah, sekolah bagi calon guru yang didirikan pada Rabi’ al-Akhir 1377H/Oktober 1957M. Ilmu yang diajarkan di sini diantaranya ilmu psikologi pendidikan dan ilmu metodologi pengajaran, dan lain-lain.
Di samping itu, beliau juga mengajar di Masjid al-Haram dan di rumahnya. Bahkan, tradisi ilmu di rumahnya masih diteruskan hingga kini oleh murid-murid beliau. Tidak heran, jika beliau melahirkan anak didik yang teramat sukar untuk diper­kirakan bilangan pastinya (Mamduh, 1983). Antara yang terkemuka ialah Dato’ Syeikh Abdul Halim Abd Kadir, KH. Abdul Hamid Abd Halim, KH. Dr. Abdul Muhith, Prof. Dr. Abdul Wahhab Ibrahim, Syeikh Dr. Ali Jum’ah, KH. Dr. Ahmad Sahal Mahfuz, Tan Sri Hasan Azhari, KH. Dr. Maghfur Usman, KH. Maimun Zubair, Syeikh Dr. Mahmud Sa’id Mamduh, Syeikh Nur al-Din Banjari, Prof. Dr. Said Agil Husin al-Munawar, KH. Syafi’i Hadzami, Syeikh Dr. Yusuf al-Mar’ashli, KH. Zak­wan Abd Hamid, dan ramai lagi.
Syeikh Fadani wafat di Mekah pada hari Jum’at, 28 Zulhijjah 1410H/21 Juli 1990M. Allahyarham disalat­kan selepas Jum’at di Masjid al-Haram dan dikebumikan di Tanah Pekuburan Ma’la. Beliau meninggalkan satu orang isteri dengan empat orang putera yaitu Muham­mad Nur ‘Arafah, Fahd, Ridha dan Nizar. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un!
Karya Tulis dan Keilmuan
Syeikh Fadani amat pro­duk­tif dalam menulis karya. Selain kitab hadis, yang menjadi keahliannya, beliau juga menyusun buku sejarah ulama, fikih dan usul al-fiqh, ilmu falak, ilmu tafsir dan bahasa. Menurut kajian penu­lis (2010), telah lahir khazanah keilmuan Islam lebih dari 100 judul dari ujung penanya. Namun sayang, agak sukar menjumpai karya-karya ter­sebut di tanah air. Karya beliau lebih banyak dicetak di Beirut dan Syiria. Sele­bihnya masih tersimpan dalam bentuk makhtutat di pustaka peribadi almarhum. Bahkan, karyanya yang fun­damental dalam bidang hadis, Fath al-‘Allam dan al-Durr al-Mandud masih dalam bentuk manuskrip.
Sebatas upaya dha’if pe­nulis, inilah karya Syeikh Fadani yang baru dapat diko­leksi. Judulnya sengaja ditulis ringkas dengan tahun terbit dan berdasarkan huruf abjad: al-Arba’un al-Bul­daniyyah (1407H/1987M); al-Arba’un Hadithan (1429H/2008M); al-Asanid al-Mak­kiyyah (1409H/1989M); As­anid al-Faqih al-Haytami (1429H/2008M); al-Awa’il al-Sunbuliyah wa Dhay­luha (1427H/2006M); Bulghah al-Mushtaq ([t.th]); Fayd al-Khabir wa Khulasah al-Taqrir ([t.th]; Fayd al-Mabdi bi Ijazah al-Zabidi(1429H/2008M); al-Fawa’id al-Ja­niyyah (1417H/1996M); al-Fayd al-Rahmani bi Ijazah al-‘Uthmani (1406H/1986M); Husn al-Siyaghah Sharh Durus al-Balaghah ([t.th.]);Husn al-Wafa li Ikhwan al-Safa ([t.th]); Ittihaf al-Bara­rah (1403H/1983M); Ittihaf al-Ikhwan (1406H/1986M); Ta’liqat ‘ala Kifayah al-Mustafid ([t.th]); Ta’liqat ‘ala Madkhal al-Wusul ila ‘Ilm al-Usul ([t.th]); al-Maslak al-Jali (1408H/1988M); al-Nafhah al-Hasaniyyah (1396 H/1976M); al-Rawd al-Fa’ih wa Bughyah al-Ghadi wa al-Ra’ih(1426H/2005M); Sadd al-Arab min ‘Ulum al-Isnad wa al-Adab ([t.th]); Tanwir al-Basirah (1403H/1983M); Thabt al-Kazbari (1403H/1983M); al-‘Ujalah fi al-Ahadith al-Musal­salah (1405 H/1985M); al-Wafi bi Dhayl Tidhkar al-Masafi (1429H/2008M); dan Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat (14 06H/1986M).
Meskipun kabarnya Syeikh Fadani mampu bertutur da­lam bahasa Melayu (Halim, 2010), namun beliau menulis seluruh karyanya dalam ba­hasa Arab. Karena itu, hal ini menjadi tantangan tersendiri bagi cerdik pandai semasa untuk menterjemahkan, meng­kaji dan memetakan gagasan pemikiran beliau dalam aneka sudut pandang keilmuan Islam. Di samping tentunya usaha dalam penerbitan kar­ya-karyanya di tanah air. Adalah itu pantas, sebagai salah satu wujud kebanggaan muslim Nusantara terhadap beliau, apalagi ramai murid­nya yang berasal dari kawasan ini.
Terkait karya ulama yang juga ahli fikih ini, ada bebe­rapa perkara yang menarik. Pertama, Syeikh Fadani ter­nyata pernah menulis empat kitab arba’in (hadis 40) seka­ligus. Kitab hadis 40 yang telah mencuri perhatian kaum muslimin selama ber­abad-abad ialah Arba’in Nawawi karya Imam Nawawi (w. 676H/1278M). Sudah sela­yaknya juga, Syeikh Fadani yang menulis 4 versi kitab arba’in mendapat apre­siasi yang sama dalam arti yang luas di kalangan umat Islam. Antara kitab Arba’in Fadani yaitu al-Arbaun al-Bul­da­niyah, al-Arbaun Ha­dithan, Sharh al-Jawhar al-Thamin fi Arbain Hadithan dan al-Arbaun Hadithan Musalsalah.
Kedua, karya Syeikh Fa­dani didominasi oleh kitab sanad yang ditulis dengan sangat teliti. Hampir di­pastikan, setiap ilmu yang beliau tuntut ada susur ga­lurnya hingga ke sumber pertama. Hal ini, setidaknya menyiratkan nilai ketekunan (telaten), ketulenan (otoritatif), dan keberkahan ilmu. Dengan ketekunan memelihara sil­silah keilmuan itulah agaknya ramai tokoh kontemporer menyebut beliau sebagai musnid al-dunya (pemegang sanad di dunia) atau musnid al-‘asr (pakar sanad zaman ini).
Lihat misalnya Syeikh ‘Abdullah al-Ghumari, sebagai diceritakan oleh Syeikh Sa’id Mamduh: “Dalam suatu kesem­patan berkumpul dengan Syeikh Sayyid ‘Abdullah Siddiq al-Ghumari pada musim haji tahun 1401H/1991M, beliau berkata kepada sekumpulan jama’ah. Kita, sebelum ini telah mengakui Syeikh Sayyid Rafi’ al-Tahtawi sebagai musnid al-‘asr. Namun sekarang, keta­huilah bahwa Syeikh Yasin al-Fadani adalah sebagai musnid al-‘asr, tanpa diragukan lagi”. Suatu pengakuan yang tulus dari seorang pakar Islam yang kritis. Oleh itu, patut kiranya perjalanan hidup tokoh besar keturunan “sekeping tanah syurga” ini dijadikan iktibar. Semoga!

1 komentar:

  1. salam, kalau boleh tahu dimana anda dapat artikel ini? kenapa anda tidak sebutkan sumbernya, apakah anda sendiri yang menyusunnya?

    BalasHapus

Komentar anda sangat berarti bagi kami,,,,Terimakasih sebelumnya,